سورة عبس

Surah ’Abasa Rumi dan Terjemahan

Ia Bermasam Muka

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah ’Abasa (عبس) ialah surah ke-80 dalam al-Quran dan mengandungi 42 ayat. Namanya bermaksud “Ia Bermasam Muka”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah ’Abasa sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah ’Abasa penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ۝١

    ʿAbasa watawalla

    Ia memasamkan muka dan berpaling,

  2. أَن جَآءَهُ ٱلْأَعْمَىٰ۝٢

    An jaahu alaʿma

    Kerana ia didatangi orang buta.

  3. وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ۝٣

    Wama yudreeka laʿallahu yazzakka

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

  4. أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكْرَىٰٓ۝٤

    Aw yaththakkaru fatanfaʿahu alththikra

    Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

  5. أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ۝٥

    Amma mani istaghna

    Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

  6. فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ۝٦

    Faanta lahu tasadda

    Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

  7. وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ۝٧

    Wama ʿalayka alla yazzakka

    Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

  8. وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ۝٨

    Waamma man jaaka yasʿa

    Adapun orang yang segera datang kepadamu,

  9. وَهُوَ يَخْشَىٰ۝٩

    Wahuwa yakhsha

    Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

  10. فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ۝١٠

    Faanta ʿanhu talahha

    Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

  11. كَلَّآ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ۝١١

    Kalla innaha tathkiratun

    Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

  12. فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ۝١٢

    Faman shaa thakarahu

    Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

  13. فِى صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ۝١٣

    Fee suhufin mukarramatin

    (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

  14. مَّرْفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةٍۭ۝١٤

    Marfooʿatin mutahharatin

    Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

  15. بِأَيْدِى سَفَرَةٍ۝١٥

    Biaydee safaratin

    (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

  16. كِرَامٍۭ بَرَرَةٍ۝١٦

    Kiramin bararatin

    (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

  17. قُتِلَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَآ أَكْفَرَهُۥ۝١٧

    Qutila alinsanu ma akfarahu

    Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

  18. مِنْ أَىِّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ۝١٨

    Min ayyi shayin khalaqahu

    (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

  19. مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ۝١٩

    Min nutfatin khalaqahu faqaddarahu

    Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

  20. ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ۝٢٠

    Thumma alssabeela yassarahu

    Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

  21. ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقْبَرَهُۥ۝٢١

    Thumma amatahu faaqbarahu

    Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

  22. ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ۝٢٢

    Thumma itha shaa ansharahu

    Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

  23. كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَآ أَمَرَهُۥ۝٢٣

    Kalla lamma yaqdi ma amarahu

    Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

  24. فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ۝٢٤

    Falyanthuri alinsanu ila taʿamihi

    (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

  25. أَنَّا صَبَبْنَا ٱلْمَآءَ صَبًّا۝٢٥

    Anna sababna almaa sabban

    Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

  26. ثُمَّ شَقَقْنَا ٱلْأَرْضَ شَقًّا۝٢٦

    Thumma shaqaqna alarda shaqqan

    Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

  27. فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا حَبًّا۝٢٧

    Faanbatna feeha habban

    Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

  28. وَعِنَبًا وَقَضْبًا۝٢٨

    Waʿinaban waqadban

    Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

  29. وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا۝٢٩

    Wazaytoonan wanakhlan

    Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

  30. وَحَدَآئِقَ غُلْبًا۝٣٠

    Wahadaiqa ghulban

    Dan taman-taman yang menghijau subur,

  31. وَفَـٰكِهَةً وَأَبًّا۝٣١

    Wafakihatan waabban

    Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

  32. مَّتَـٰعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَـٰمِكُمْ۝٣٢

    Mataʿan lakum walianʿamikum

    Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

  33. فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ۝٣٣

    Faitha jaati alssakhkhatu

    Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

  34. يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ۝٣٤

    Yawma yafirru almaro min akheehi

    Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

  35. وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ۝٣٥

    Waommihi waabeehi

    Dan ibunya serta bapanya,

  36. وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ۝٣٦

    Wasahibatihi wabaneehi

    Dan isterinya serta anak-anaknya; -

  37. لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ۝٣٧

    Likulli imriin minhum yawmaithin shanun yughneehi

    Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

  38. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ۝٣٨

    Wujoohun yawmaithin musfiratun

    Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  39. ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ۝٣٩

    Dahikatun mustabshiratun

    Tertawa, lagi bersuka ria;

  40. وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ۝٤٠

    Wawujoohun yawmaithin ʿalayha ghabaratun

    Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

  41. تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ۝٤١

    Tarhaquha qataratun

    Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

  42. أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَفَرَةُ ٱلْفَجَرَةُ۝٤٢

    Olaika humu alkafaratu alfajaratu

    Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah ’Abasa?

’Abasa bermaksud “Ia Bermasam Muka”.

Surah ’Abasa dalam juzuk berapa?

Surah ’Abasa terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah ’Abasa?

Surah ’Abasa mengandungi 42 ayat.

Adakah Surah ’Abasa surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah ’Abasa ialah surah Makkiyyah.

Surah ’Abasa ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah ’Abasa ialah surah ke-80 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.