سورة التكوير

Surah At-Takwir Rumi dan Terjemahan

Menggulung

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah At-Takwir (التكوير) ialah surah ke-81 dalam al-Quran dan mengandungi 29 ayat. Namanya bermaksud “Menggulung”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah At-Takwir sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah At-Takwir penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ۝١

    Itha alshshamsu kuwwirat

    Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);

  2. وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ۝٢

    Waitha alnnujoomu inkadarat

    Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

  3. وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ۝٣

    Waitha aljibalu suyyirat

    Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);

  4. وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ۝٤

    Waitha alʿisharu ʿuttilat

    Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;

  5. وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ۝٥

    Waitha alwuhooshu hushirat

    Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;

  6. وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ۝٦

    Waitha albiharu sujjirat

    Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

  7. وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ۝٧

    Waitha alnnufoosu zuwwijat

    Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

  8. وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ۝٨

    Waitha almawoodatu suilat

    Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -

  9. بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتْ۝٩

    Biayyi thanbin qutilat

    Dengan dosa apakah ia dibunuh?

  10. وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ۝١٠

    Waitha alssuhufu nushirat

    Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

  11. وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ۝١١

    Waitha alssamao kushitat

    Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

  12. وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ۝١٢

    Waitha aljaheemu suʿʿirat

    Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

  13. وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ۝١٣

    Waitha aljannatu ozlifat

    Dan apabila Syurga didekatkan;

  14. عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّآ أَحْضَرَتْ۝١٤

    ʿAlimat nafsun ma ahdarat

    (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

  15. فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ۝١٥

    Fala oqsimu bialkhunnasi

    Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

  16. ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ۝١٦

    Aljawari alkunnasi

    Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

  17. وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ۝١٧

    Waallayli itha ʿasʿasa

    Dan malam, apabila ia hampir habis,

  18. وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ۝١٨

    Waalssubhi itha tanaffasa

    Dan siang, apabila ia mulai terang;

  19. إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ۝١٩

    Innahu laqawlu rasoolin kareemin

    Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

  20. ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍ۝٢٠

    Thee quwwatin ʿinda thee alʿarshi makeenin

    Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

  21. مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ۝٢١

    Mutaʿin thamma ameenin

    Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.

  22. وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍ۝٢٢

    Wama sahibukum bimajnoonin

    Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);

  23. وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ۝٢٣

    Walaqad raahu bialofuqi almubeeni

    Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

  24. وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍ۝٢٤

    Wama huwa ʿala alghaybi bidaneenin

    Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.

  25. وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَـٰنٍ رَّجِيمٍ۝٢٥

    Wama huwa biqawli shaytanin rajeemin

    Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

  26. فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ۝٢٦

    Faayna tathhaboona

    (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

  27. إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَـٰلَمِينَ۝٢٧

    In huwa illa thikrun lilʿalameena

    Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

  28. لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ۝٢٨

    Liman shaa minkum an yastaqeema

    Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

  29. وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَـٰلَمِينَ۝٢٩

    Wama tashaoona illa an yashaa Allahu rabbu alʿalameena

    Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah At-Takwir?

At-Takwir bermaksud “Menggulung”.

Surah At-Takwir dalam juzuk berapa?

Surah At-Takwir terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah At-Takwir?

Surah At-Takwir mengandungi 29 ayat.

Adakah Surah At-Takwir surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah At-Takwir ialah surah Makkiyyah.

Surah At-Takwir ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah At-Takwir ialah surah ke-81 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.