سورة الفاتحة
Surah Al-Fatihah Rumi dan Terjemahan
Pembukaan
- 1
- 7 ayat
- Makkiyyah
- Juzuk 1
- Halaman 1
Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF
Surah Al-Fatihah (الفاتحة) ialah surah pertama dalam al-Quran dan mengandungi 7 ayat. Namanya bermaksud “Pembukaan”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 1.
Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Fatihah sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.
Surah Al-Fatihah penuh: Arab, Rumi dan terjemahan
-
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ١
Bismi Allahi alrrahmani alrraheemi
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ٢
Alhamdu lillahi rabbi alʿalameena
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ٣
Alrrahmani alrraheemi
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ٤
Maliki yawmi alddeeni
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ٥
Iyyaka naʿbudu waiyyaka nastaʿeenu
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
-
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ٦
Ihdina alssirata almustaqeema
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
-
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ٧
Sirata allatheena anʿamta ʿalayhim ghayri almaghdoobi ʿalayhim wala alddalleena
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Soalan lazim
Apakah maksud Surah Al-Fatihah?
Al-Fatihah bermaksud “Pembukaan”.
Surah Al-Fatihah dalam juzuk berapa?
Surah Al-Fatihah terletak dalam juzuk 1.
Berapa ayat dalam Surah Al-Fatihah?
Surah Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.
Adakah Surah Al-Fatihah surah Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Fatihah ialah surah Makkiyyah.
Surah Al-Fatihah ialah surah keberapa dalam al-Quran?
Surah Al-Fatihah ialah surah pertama dalam al-Quran.
Sumber
- Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
- Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
- Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
- Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
- Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
- Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.
Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.