سورة البروج

Surah Al-Buruj Rumi dan Terjemahan

Gugusan Bintang

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Al-Buruj (البروج) ialah surah ke-85 dalam al-Quran dan mengandungi 22 ayat. Namanya bermaksud “Gugusan Bintang”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Buruj sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Al-Buruj penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْبُرُوجِ۝١

    Waalssamai thati alburooji

    Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

  2. وَٱلْيَوْمِ ٱلْمَوْعُودِ۝٢

    Waalyawmi almawʿoodi

    Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

  3. وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ۝٣

    Washahidin wamashhoodin

    Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -

  4. قُتِلَ أَصْحَـٰبُ ٱلْأُخْدُودِ۝٤

    Qutila ashabu alukhdoodi

    Celakalah kaum yang menggali parit,

  5. ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلْوَقُودِ۝٥

    Alnnari thati alwaqoodi

    (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

  6. إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ۝٦

    Ith hum ʿalayha quʿoodun

    (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

  7. وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ۝٧

    Wahum ʿala ma yafʿaloona bialmumineena shuhoodun

    Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

  8. وَمَا نَقَمُوا۟ مِنْهُمْ إِلَّآ أَن يُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ۝٨

    Wama naqamoo minhum illa an yuminoo biAllahi alʿazeezi alhameedi

    Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

  9. ٱلَّذِى لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ۝٩

    Allathee lahu mulku alssamawati waalardi waAllahu ʿala kulli shayin shaheedun

    Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

  10. إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ۝١٠

    Inna allatheena fatanoo almumineena waalmuminati thumma lam yatooboo falahum ʿathabu jahannama walahum ʿathabu alhareeqi

    Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

  11. إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمْ جَنَّـٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْكَبِيرُ۝١١

    Inna allatheena amanoo waʿamiloo alssalihati lahum jannatun tajree min tahtiha alanharu thalika alfawzu alkabeeru

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

  12. إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ۝١٢

    Inna batsha rabbika lashadeedun

    Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

  13. إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ۝١٣

    Innahu huwa yubdio wayuʿeedu

    Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

  14. وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ۝١٤

    Wahuwa alghafooru alwadoodu

    Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

  15. ذُو ٱلْعَرْشِ ٱلْمَجِيدُ۝١٥

    Thoo alʿarshi almajeedi

    Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

  16. فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ۝١٦

    Faʿʿalun lima yureedu

    Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

  17. هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْجُنُودِ۝١٧

    Hal ataka hadeethu aljunoodi

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

  18. فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ۝١٨

    Firʿawna wathamooda

    (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

  19. بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ۝١٩

    Bali allatheena kafaroo fee taktheebin

    (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

  20. وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطٌۢ۝٢٠

    WaAllahu min waraihim muheetun

    Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

  21. بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَّجِيدٌ۝٢١

    Bal huwa quranun majeedun

    (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

  22. فِى لَوْحٍ مَّحْفُوظٍۭ۝٢٢

    Fee lawhin mahfoothin

    (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Al-Buruj?

Al-Buruj bermaksud “Gugusan Bintang”.

Surah Al-Buruj dalam juzuk berapa?

Surah Al-Buruj terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Al-Buruj?

Surah Al-Buruj mengandungi 22 ayat.

Adakah Surah Al-Buruj surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Buruj ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-Buruj ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Al-Buruj ialah surah ke-85 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.