سورة الإنشقاق

Surah Al-Insyiqaq Rumi dan Terjemahan

Terpecah-belah

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Al-Insyiqaq (الإنشقاق) ialah surah ke-84 dalam al-Quran dan mengandungi 25 ayat. Namanya bermaksud “Terpecah-belah”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Insyiqaq sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Al-Insyiqaq penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتْ۝١

    Itha alssamao inshaqqat

    Apabila langit terbelah,

  2. وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ۝٢

    Waathinat lirabbiha wahuqqat

    Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;

  3. وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ۝٣

    Waitha alardu muddat

    Dan apabila bumi diratakan,

  4. وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ۝٤

    Waalqat ma feeha watakhallat

    Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

  5. وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ۝٥

    Waathinat lirabbiha wahuqqat

    Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

  6. يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَـٰقِيهِ۝٦

    Ya ayyuha alinsanu innaka kadihun ila rabbika kadhan famulaqeehi

    Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

  7. فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ۝٧

    Faama man ootiya kitabahu biyameenihi

    Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

  8. فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا۝٨

    Fasawfa yuhasabu hisaban yaseeran

    Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

  9. وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا۝٩

    Wayanqalibu ila ahlihi masrooran

    Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

  10. وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ۝١٠

    Waamma man ootiya kitabahu waraa thahrihi

    Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

  11. فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًا۝١١

    Fasawfa yadʿoo thubooran

    Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

  12. وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا۝١٢

    Wayasla saʿeeran

    Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

  13. إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا۝١٣

    Innahu kana fee ahlihi masrooran

    Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

  14. إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ۝١٤

    Innahu thanna an lan yahoora

    Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !

  15. بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا۝١٥

    Bala inna rabbahu kana bihi baseeran

    (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

  16. فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلشَّفَقِ۝١٦

    Fala oqsimu bialshshafaqi

    Maka Aku bersumpah, demi mega;

  17. وَٱلَّيْلِ وَمَا وَسَقَ۝١٧

    Waallayli wama wasaqa

    Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

  18. وَٱلْقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ۝١٨

    Waalqamari itha ittasaqa

    Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

  19. لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ۝١٩

    Latarkabunna tabaqan ʿan tabaqin

    Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

  20. فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ۝٢٠

    Fama lahum la yuminoona

    Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?

  21. وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ ۩۝٢١

    Waitha quria ʿalayhimu alquranu la yasjudoona

    Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

  22. بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ۝٢٢

    Bali allatheena kafaroo yukaththiboona

    (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

  23. وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ۝٢٣

    WaAllahu aʿlamu bima yooʿoona

    Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

  24. فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۝٢٤

    Fabashshirhum biʿathabin aleemin

    Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

  25. إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ۝٢٥

    Illa allatheena amanoo waʿamiloo alssalihati lahum ajrun ghayru mamnoonin

    Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Al-Insyiqaq?

Al-Insyiqaq bermaksud “Terpecah-belah”.

Surah Al-Insyiqaq dalam juzuk berapa?

Surah Al-Insyiqaq terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Al-Insyiqaq?

Surah Al-Insyiqaq mengandungi 25 ayat.

Adakah Surah Al-Insyiqaq surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Insyiqaq ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-Insyiqaq ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Al-Insyiqaq ialah surah ke-84 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.