سورة الأعلى

Surah Al-A’la Rumi dan Terjemahan

Yang Maha Tinggi

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Al-A’la (الأعلى) ialah surah ke-87 dalam al-Quran dan mengandungi 19 ayat. Namanya bermaksud “Yang Maha Tinggi”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-A’la sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Al-A’la penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى۝١

    Sabbihi isma rabbika alaʿla

    Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -

  2. ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ۝٢

    Allathee khalaqa fasawwa

    Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

  3. وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ۝٣

    Waallathee qaddara fahada

    Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

  4. وَٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلْمَرْعَىٰ۝٤

    Waallathee akhraja almarʿa

    Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

  5. فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحْوَىٰ۝٥

    Fajaʿalahu ghuthaan ahwa

    Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

  6. سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ۝٦

    Sanuqrioka fala tansa

    Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

  7. إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ يَعْلَمُ ٱلْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ۝٧

    Illa ma shaa Allahu innahu yaʿlamu aljahra wama yakhfa

    Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

  8. وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ۝٨

    Wanuyassiruka lilyusra

    Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

  9. فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ۝٩

    Fathakkir in nafaʿati alththikra

    Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

  10. سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ۝١٠

    Sayaththakkaru man yakhsha

    Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

  11. وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلْأَشْقَى۝١١

    Wayatajannabuha alashqa

    Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

  12. ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ۝١٢

    Allathee yasla alnnara alkubra

    Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

  13. ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ۝١٣

    Thumma la yamootu feeha wala yahya

    Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

  14. قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ۝١٤

    Qad aflaha man tazakka

    Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

  15. وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ۝١٥

    Wathakara isma rabbihi fasalla

    Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

  16. بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا۝١٦

    Bal tuthiroona alhayata alddunya

    (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

  17. وَٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰٓ۝١٧

    Waalakhiratu khayrun waabqa

    Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

  18. إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ۝١٨

    Inna hatha lafee alssuhufi aloola

    Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

  19. صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ۝١٩

    Suhufi ibraheema wamoosa

    Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Al-A’la?

Al-A’la bermaksud “Yang Maha Tinggi”.

Surah Al-A’la dalam juzuk berapa?

Surah Al-A’la terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Al-A’la?

Surah Al-A’la mengandungi 19 ayat.

Adakah Surah Al-A’la surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-A’la ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-A’la ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Al-A’la ialah surah ke-87 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.