سورة الغاشية

Surah Al-Ghasyiyah Rumi dan Terjemahan

Peristiwa yang Menyelubungi

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Al-Ghasyiyah (الغاشية) ialah surah ke-88 dalam al-Quran dan mengandungi 26 ayat. Namanya bermaksud “Peristiwa yang Menyelubungi”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Ghasyiyah sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Al-Ghasyiyah penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ۝١

    Hal ataka hadeethu alghashiyati

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

  2. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ۝٢

    Wujoohun yawmaithin khashiʿatun

    Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ۝٣

    ʿamilatun nasibatun

    Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً۝٤

    Tasla naran hamiyatan

    Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ۝٥

    Tusqa min ʿaynin aniyatin

    Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ۝٦

    Laysa lahum taʿamun illa min dareeʿin

    Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ۝٧

    La yusminu wala yughnee min jooʿin

    Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ۝٨

    Wujoohun yawmaithin naʿimatun

    (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ۝٩

    Lisaʿyiha radiyatun

    Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ۝١٠

    Fee jannatin ʿaliyatin

    (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةً۝١١

    La tasmaʿu feeha laghiyatan

    Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ۝١٢

    Feeha ʿaynun jariyatun

    Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ۝١٣

    Feeha sururun marfooʿatun

    Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ۝١٤

    Waakwabun mawdooʿatun

    Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ۝١٥

    Wanamariqu masfoofatun

    Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ۝١٦

    Wazarabiyyu mabthoothatun

    Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ۝١٧

    Afala yanthuroona ila alibili kayfa khuliqat

    (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ۝١٨

    Waila alssamai kayfa rufiʿat

    Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ۝١٩

    Waila aljibali kayfa nusibat

    Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ۝٢٠

    Waila alardi kayfa sutihat

    Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ۝٢١

    Fathakkir innama anta muthakkirun

    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ۝٢٢

    Lasta ʿalayhim bimusaytirin

    Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ۝٢٣

    Illa man tawalla wakafara

    Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ۝٢٤

    Fayuʿaththibuhu Allahu alʿathaba alakbara

    Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ۝٢٥

    Inna ilayna iyabahum

    Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم۝٢٦

    Thumma inna ʿalayna hisabahum

    Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Al-Ghasyiyah?

Al-Ghasyiyah bermaksud “Peristiwa yang Menyelubungi”.

Surah Al-Ghasyiyah dalam juzuk berapa?

Surah Al-Ghasyiyah terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Al-Ghasyiyah?

Surah Al-Ghasyiyah mengandungi 26 ayat.

Adakah Surah Al-Ghasyiyah surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Ghasyiyah ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-Ghasyiyah ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Al-Ghasyiyah ialah surah ke-88 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.