سورة البلد

Surah Al-Balad Rumi dan Terjemahan

Negeri

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Al-Balad (البلد) ialah surah ke-90 dalam al-Quran dan mengandungi 20 ayat. Namanya bermaksud “Negeri”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Balad sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Al-Balad penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. لَآ أُقْسِمُ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ۝١

    La oqsimu bihatha albaladi

    Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

  2. وَأَنتَ حِلٌّۢ بِهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ۝٢

    Waanta hillun bihatha albaladi

    Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

  3. وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ۝٣

    Wawalidin wama walada

    Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

  4. لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ۝٤

    Laqad khalaqna alinsana fee kabadin

    Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

  5. أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ۝٥

    Ayahsabu an lan yaqdira ʿalayhi ahadun

    Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

  6. يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا۝٦

    Yaqoolu ahlaktu malan lubadan

    Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

  7. أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ۝٧

    Ayahsabu an lam yarahu ahadun

    Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

  8. أَلَمْ نَجْعَل لَّهُۥ عَيْنَيْنِ۝٨

    Alam najʿal lahu ʿaynayni

    (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

  9. وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ۝٩

    Walisanan washafatayni

    Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

  10. وَهَدَيْنَـٰهُ ٱلنَّجْدَيْنِ۝١٠

    Wahadaynahu alnnajdayni

    Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

  11. فَلَا ٱقْتَحَمَ ٱلْعَقَبَةَ۝١١

    Fala iqtahama alʿaqabata

    Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

  12. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْعَقَبَةُ۝١٢

    Wama adraka ma alʿaqabatu

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

  13. فَكُّ رَقَبَةٍ۝١٣

    Fakku raqabatin

    (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

  14. أَوْ إِطْعَـٰمٌ فِى يَوْمٍ ذِى مَسْغَبَةٍ۝١٤

    Aw itʿamun fee yawmin thee masghabatin

    Atau memberi makan pada hari kelaparan -

  15. يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ۝١٥

    Yateeman tha maqrabatin

    Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

  16. أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ۝١٦

    Aw miskeenan tha matrabatin

    Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

  17. ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ۝١٧

    Thumma kana mina allatheena amanoo watawasaw bialssabri watawasaw bialmarhamati

    Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

  18. أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ۝١٨

    Olaika ashabu almaymanati

    (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

  19. وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا هُمْ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ۝١٩

    Waallatheena kafaroo biayatina hum ashabu almashamati

    Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

  20. عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌۢ۝٢٠

    ʿAlayhim narun musadatun

    Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Al-Balad?

Al-Balad bermaksud “Negeri”.

Surah Al-Balad dalam juzuk berapa?

Surah Al-Balad terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Al-Balad?

Surah Al-Balad mengandungi 20 ayat.

Adakah Surah Al-Balad surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Balad ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-Balad ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Al-Balad ialah surah ke-90 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.