سورة الشمس

Surah Asy-Syams Rumi dan Terjemahan

Matahari

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Asy-Syams (الشمس) ialah surah ke-91 dalam al-Quran dan mengandungi 15 ayat. Namanya bermaksud “Matahari”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Asy-Syams sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Asy-Syams penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلشَّمْسِ وَضُحَىٰهَا۝١

    Waalshshamsi waduhaha

    Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

  2. وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا۝٢

    Waalqamari itha talaha

    Dan bulan apabila ia mengiringinya;

  3. وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا۝٣

    Waalnnahari itha jallaha

    Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

  4. وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا۝٤

    Waallayli itha yaghshaha

    Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

  5. وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا۝٥

    Waalssamai wama banaha

    Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

  6. وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا۝٦

    Waalardi wama tahaha

    Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

  7. وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا۝٧

    Wanafsin wama sawwaha

    Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

  8. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا۝٨

    Faalhamaha fujooraha wataqwaha

    Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

  9. قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا۝٩

    Qad aflaha man zakkaha

    Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

  10. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا۝١٠

    Waqad khaba man dassaha

    Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

  11. كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَىٰهَآ۝١١

    Kaththabat thamoodu bitaghwaha

    (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

  12. إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا۝١٢

    Ithi inbaʿatha ashqaha

    Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

  13. فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَـٰهَا۝١٣

    Faqala lahum rasoolu Allahi naqata Allahi wasuqyaha

    Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

  14. فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا۝١٤

    Fakaththaboohu faʿaqarooha fadamdama ʿalayhim rabbuhum bithanbihim fasawwaha

    (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

  15. وَلَا يَخَافُ عُقْبَـٰهَا۝١٥

    Wala yakhafu ʿuqbaha

    Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Asy-Syams?

Asy-Syams bermaksud “Matahari”.

Surah Asy-Syams dalam juzuk berapa?

Surah Asy-Syams terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Asy-Syams?

Surah Asy-Syams mengandungi 15 ayat.

Adakah Surah Asy-Syams surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Asy-Syams ialah surah Makkiyyah.

Surah Asy-Syams ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Asy-Syams ialah surah ke-91 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.