سورة الضحى

Surah Ad-Dhuha Rumi dan Terjemahan

Waktu Dhuha

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Ad-Dhuha (الضحى) ialah surah ke-93 dalam al-Quran dan mengandungi 11 ayat. Namanya bermaksud “Waktu Dhuha”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Ad-Dhuha sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Ad-Dhuha penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلضُّحَىٰ۝١

    Waaldduha

    Demi waktu dhuha,

  2. وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ۝٢

    Waallayli itha saja

    Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

  3. مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ۝٣

    Ma waddaʿaka rabbuka wama qala

    (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

  4. وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ۝٤

    Walalakhiratu khayrun laka mina aloola

    Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

  5. وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ۝٥

    Walasawfa yuʿteeka rabbuka fatarda

    Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

  6. أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ۝٦

    Alam yajidka yateeman faawa

    Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

  7. وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ۝٧

    Wawajadaka dallan fahada

    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

  8. وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ۝٨

    Wawajadaka ʿailan faaghna

    Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

  9. فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ۝٩

    Faamma alyateema fala taqhar

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  10. وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ۝١٠

    Waamma alssaila fala tanhar

    Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

  11. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ۝١١

    Waamma biniʿmati rabbika fahaddith

    Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Ad-Dhuha?

Ad-Dhuha bermaksud “Waktu Dhuha”.

Surah Ad-Dhuha dalam juzuk berapa?

Surah Ad-Dhuha terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Ad-Dhuha?

Surah Ad-Dhuha mengandungi 11 ayat.

Adakah Surah Ad-Dhuha surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Ad-Dhuha ialah surah Makkiyyah.

Surah Ad-Dhuha ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Ad-Dhuha ialah surah ke-93 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.