سورة الشرح
Surah Al-Insyirah Rumi dan Terjemahan
Kelapangan
- 94
- 8 ayat
- Makkiyyah
- Juzuk 30
- Halaman 596
Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF
Surah Al-Insyirah (الشرح) ialah surah ke-94 dalam al-Quran dan mengandungi 8 ayat. Namanya bermaksud “Kelapangan”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.
Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Insyirah sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.
Surah Al-Insyirah penuh: Arab, Rumi dan terjemahan
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
-
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ١
Alam nashrah laka sadraka
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
-
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ٢
Wawadaʿna ʿanka wizraka
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
-
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ٣
Allathee anqada thahraka
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
-
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ٤
Warafaʿna laka thikraka
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
-
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا٥
Fainna maʿa alʿusri yusran
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
-
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا٦
Inna maʿa alʿusri yusran
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
-
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ٧
Faitha faraghta fainsab
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
-
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب٨
Waila rabbika fairghab
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Soalan lazim
Apakah maksud Surah Al-Insyirah?
Al-Insyirah bermaksud “Kelapangan”.
Surah Al-Insyirah dalam juzuk berapa?
Surah Al-Insyirah terletak dalam juzuk 30.
Berapa ayat dalam Surah Al-Insyirah?
Surah Al-Insyirah mengandungi 8 ayat.
Adakah Surah Al-Insyirah surah Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Insyirah ialah surah Makkiyyah.
Surah Al-Insyirah ialah surah keberapa dalam al-Quran?
Surah Al-Insyirah ialah surah ke-94 dalam al-Quran.
Sumber
- Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
- Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
- Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
- Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
- Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
- Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.
Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.