سورة العلق

Surah Al-’Alaq Rumi dan Terjemahan

Segumpal Darah

Mushaf

Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF

Surah Al-’Alaq (العلق) ialah surah ke-96 dalam al-Quran dan mengandungi 19 ayat. Namanya bermaksud “Segumpal Darah”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.

Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-’Alaq sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.

Surah Al-’Alaq penuh: Arab, Rumi dan terjemahan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ۝١

    Iqra biismi rabbika allathee khalaqa

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

  2. خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ۝٢

    Khalaqa alinsana min ʿalaqin

    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

  3. ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ۝٣

    Iqra warabbuka alakramu

    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

  4. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ۝٤

    Allathee ʿallama bialqalami

    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

  5. عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ۝٥

    ʿAllama alinsana ma lam yaʿlam

    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

  6. كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَيَطْغَىٰٓ۝٦

    Kalla inna alinsana layatgha

    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

  7. أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ۝٧

    An raahu istaghna

    Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

  8. إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجْعَىٰٓ۝٨

    Inna ila rabbika alrrujʿa

    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

  9. أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ۝٩

    Araayta allathee yanha

    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -

  10. عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ۝١٠

    ʿAbdan itha salla

    Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

  11. أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ۝١١

    Araayta in kana ʿala alhuda

    Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

  12. أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ۝١٢

    Aw amara bialttaqwa

    Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

  13. أَرَءَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ۝١٣

    Araayta in kaththaba watawalla

    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

  14. أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ۝١٤

    Alam yaʿlam bianna Allaha yara

    Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

  15. كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًۢا بِٱلنَّاصِيَةِ۝١٥

    Kalla lain lam yantahi lanasfaʿan bialnnasiyati

    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

  16. نَاصِيَةٍ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۝١٦

    Nasiyatin kathibatin khatiatin

    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

  17. فَلْيَدْعُ نَادِيَهُۥ۝١٧

    Falyadʿu nadiyahu

    Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

  18. سَنَدْعُ ٱلزَّبَانِيَةَ۝١٨

    Sanadʿu alzzabaniyata

    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

  19. كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب ۩۝١٩

    Kalla la tutiʿhu waosjud waiqtarib

    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Soalan lazim

Apakah maksud Surah Al-’Alaq?

Al-’Alaq bermaksud “Segumpal Darah”.

Surah Al-’Alaq dalam juzuk berapa?

Surah Al-’Alaq terletak dalam juzuk 30.

Berapa ayat dalam Surah Al-’Alaq?

Surah Al-’Alaq mengandungi 19 ayat.

Adakah Surah Al-’Alaq surah Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-’Alaq ialah surah Makkiyyah.

Surah Al-’Alaq ialah surah keberapa dalam al-Quran?

Surah Al-’Alaq ialah surah ke-96 dalam al-Quran.

Sumber

  • Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
  • Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
  • Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
  • Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
  • Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
  • Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.

Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.

Tetapan bacaan

Fon al-Quran
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Tema

Tambah ke Skrin Utama

ReadSurahBuka ReadSurah dari skrin utama, dalam skrin penuh. Surah yang telah anda baca boleh dibuka walaupun tanpa internet.

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi. Pada iPhone yang lebih baharu, butang ini terletak dalam menu •••.
  2. Ketik “Tambah ke Skrin Utama”. Tatal ke bawah jika anda tidak nampak pilihan ini.
  3. Ketik “Tambah”.