سورة الزلزلة
Surah Az-Zalzalah Rumi dan Terjemahan
Gempa Bumi
- 99
- 8 ayat
- Madaniyyah
- Juzuk 30
- Halaman 599
Mishary Rashid AlafasyMuat turun MP3Muat turun PDF
Surah Az-Zalzalah (الزلزلة) ialah surah ke-99 dalam al-Quran dan mengandungi 8 ayat. Namanya bermaksud “Gempa Bumi”. Ia merupakan surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah selepas hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.
Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Az-Zalzalah sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.
Surah Az-Zalzalah penuh: Arab, Rumi dan terjemahan
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
-
إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا١
Itha zulzilati alardu zilzalaha
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
-
وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا٢
Waakhrajati alardu athqalaha
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
-
وَقَالَ ٱلْإِنسَـٰنُ مَا لَهَا٣
Waqala alinsanu ma laha
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
-
يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا٤
Yawmaithin tuhaddithu akhbaraha
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
-
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا٥
Bianna rabbaka awha laha
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
-
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَـٰلَهُمْ٦
Yawmaithin yasduru alnnasu ashtatan liyuraw aʿmalahum
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
-
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ٧
Faman yaʿmal mithqala tharratin khayran yarahu
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
-
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ٨
Waman yaʿmal mithqala tharratin sharran yarahu
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Soalan lazim
Apakah maksud Surah Az-Zalzalah?
Az-Zalzalah bermaksud “Gempa Bumi”.
Surah Az-Zalzalah dalam juzuk berapa?
Surah Az-Zalzalah terletak dalam juzuk 30.
Berapa ayat dalam Surah Az-Zalzalah?
Surah Az-Zalzalah mengandungi 8 ayat.
Adakah Surah Az-Zalzalah surah Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Az-Zalzalah ialah surah Madaniyyah.
Surah Az-Zalzalah ialah surah keberapa dalam al-Quran?
Surah Az-Zalzalah ialah surah ke-99 dalam al-Quran.
Sumber
- Arabic text: Tanzil Quran Text (Uthmani) (Tanzil Project, CC BY 3.0), reproduced without changes.
- Translation: Abdullah Muhammad Basmeih, from Tanzil.net, reproduced without changes.
- Transliteration: Tanzil.net English transliteration.
- Recitation: Mishary Rashid Alafasy, via QuranicAudio.com and EveryAyah.com.
- Word by word: recordings and meanings from Quran.com (Quran Foundation), played when you tap a word.
- Madinah and IndoPak fonts (Settings): the text in those scripts and their fonts come from the Quran Foundation (Quran.com); the Madinah font is the King Fahd Glorious Quran Printing Complex's Uthmanic Hafs font.
Found a mistake? Report a mistake and we will check it against the source.