Surah Al-Humazah Rumi dan Terjemahan
Pengumpat
- 104
- 9 ayat
- Makkiyyah
- Juzuk 30
- Halaman 601
Surah Al-Humazah (الهمزة) ialah surah ke-104 dalam al-Quran dan mengandungi 9 ayat. Namanya bermaksud “Pengumpat”. Ia merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan di Makkah sebelum hijrah, dan terletak dalam juzuk 30.
Di halaman ini, anda boleh membaca Surah Al-Humazah sepenuhnya dalam bahasa Arab, bersama tulisan Rumi dan terjemahan bahasa Melayu oleh Abdullah Muhammad Basmeih ayat demi ayat, serta mendengar bacaannya.
Surah Al-Humazah penuh: Arab, Rumi dan terjemahan
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
-
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ١
Waylun likulli humazatin lumazatin
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
-
ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُۥ٢
Allathee jamaʿa malan waʿaddadahu
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
-
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ٣
Yahsabu anna malahu akhladahu
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
-
كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ٤
Kalla layunbathanna fee alhutamati
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
-
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ٥
Wama adraka ma alhutamatu
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
-
نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ٦
Naru Allahi almooqadatu
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
-
ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ٧
Allatee tattaliʿu ʿala alafidati
Yang naik menjulang ke hati;
-
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ٨
lnnaha ʿalayhim musadatun
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
-
فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ٩
Fee ʿamadin mumaddadatin
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
Soalan lazim
Apakah maksud Surah Al-Humazah?
Al-Humazah bermaksud “Pengumpat”.
Surah Al-Humazah dalam juzuk berapa?
Surah Al-Humazah terletak dalam juzuk 30.
Berapa ayat dalam Surah Al-Humazah?
Surah Al-Humazah mengandungi 9 ayat.
Adakah Surah Al-Humazah surah Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Humazah ialah surah Makkiyyah.
Surah Al-Humazah ialah surah keberapa dalam al-Quran?
Surah Al-Humazah ialah surah ke-104 dalam al-Quran.
Sumber
Teks al-Quran: Tanzil · Terjemahan: Tanzil · Hadis: HadeethEnc · Fon Madinah dan IndoPak: Quran Foundation · Abdullah Muhammad Basmeih · Tanzil.net · Tanzil · Quran.com
Jumpa kesilapan? Tulis kepada contact@readsurah.com